CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 4, 2009

Bila Teringat Emak di Kampung......

Salam. Semoga hari ini bermula dengan baik untuk sesiapa yang membaca blog ini (er..ada ke orang baca?). Saya baru saja pulang dari Trengganu-pergi bercuti dengan Mr KHz dan anak-anak di The Aryani. Kepada sesiapa yang perlukan rehat dan suasana yang tenang, saya mengesyorkan anda ke tempat ini. Walaupun harga biliknya agak tinggi, pulangannya memang berbaloi! Disebabkan suasana di tempat ini yang penuh nilai2 tradisional (dalam erti kata lain, gaya kampunglah!), saya tiba-tiba teringat Emak. Selalunya, bila saya teringat Emak, saya pasti teringin mahu makan masakan dia dan saya akan terus sahaja ke kedai mencari bahan-bahan untuk memenuhi tuntutan tekak saya! Kali ini, saya sertakan satu resepi yang kalau Emak masak, hanya saya dan dia sahaja akan makan. Adik-adik? Hmm...tak nak lah, sebab pahit! Tidak mengapa, semuanya untuk saya dan Emak. Baru puas hati!

Mahu tahu apakah masakan itu? Inilah dia.........

PERIA GORENG DENGAN TELUR

Bahan-bahan:
1 biji peria saiz sederhana
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
3 biji cili padi
segenggam ikan bilis (lagi banyak lagi sedap)
sebiji telur
garam

Cara:

  • Belah dua peria, buang empulurnya dan dihiris nipis. Gaul dengan 2 sudu kecil garam dan biarkan selama 10 minit. Kemudian, perahkan peria dan cuci bersih. Toskan.
  • Tumbuk halus bahan-bahan lain kecuali telur dan garam.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi dan garing.
  • Masukkan peria dan gaul rata. Masukkan garam secukup rasa.
  • Pecahkan telur dan kacau sehigga telur masak.
  • Hidang panas bersama sepinggan nasi putih. (kalau nak tambah nasi pun boleh.....)

5 comments:

superheroes' mom said...

i love bittergourd!!!

Cik Syahira said...

as salam.
uiks..
sedap nya.
kat rumah mama sy pun suka masak ni.
rasanya tak semua yg mahir masak ni.
sebab nak bg kurang rasa pahit melampau tu.
ehhehe..
buat sy rindukan mama dan terasa nk blk kg!
sobbb..sob.

cikyah75 said...

Wi, dulu2 tak suka sangat. bila dah 'umur2 cenggini' ni la jadik suka.

miss pink, apa kata cuba masak sendiri? cikyah tau, memang tak sama tapi jadilah kan, buat hilangkan rindu

iNa said...

bila teringat emak di kampung, balik le kampung...hehehe
i like peria...tp jarang sungguh memasaknya

cikyah75 said...

Ina, betul jugak tu! takpe, next weekend leh balik melaka. shah pun jarang masak dulu, shah makan sorang2. nasib bak la skrg ni my maid pun suka jugak so kira tak membazirlah kalau masak.

Related Posts with Thumbnails