CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 5, 2008

Bila Silap Muat Turun Resepi......

Salam dan apa khabar? Hari ini tiba-tiba terasa nak menulis dalam bahasa Melayu. Lagipun, saya kan orang Melayu jadi rasanya, tidak salah menulis di dalam bahasa ibunda saya, bukan?

Di kalangan kawan-kawan rapat saya, mereka sedia maklum yang saya suka mengumpul resepi. Setakat ini, sudah hampir tiga buah buku resepi yang saya ada. Mana-mana resepi yang saya cuba dan menjadi, saya akan muatkan dalam blog ini.

Bercakap mengenai resepi, topik hari ini adalah mengenai resepi Kuih Tat Nenas yang menjadi kuih kegemaran saya sejak dulu, kini dan selamanya. Tiap-tiap kali Aidilfitri, mesti kuih ini yang saya cari. Kalau rajin, saya buat sendiri. Selalunya, saya minta adik tolong buatkan. Lagipun, adik perempuan saya itu memang menjual kuih Raya. Kiranya, saya tolong dia cari duit Raya lebihlah! Tidak mengapa. Pada saya tidak salah jika saya pun tumpang seronok ada adik yang pandai membuat kuih kan?

Disebabkan Aidiladha bakal menjelma, maka saya dengan semangat yang berkobar-kobar telah mencuba resepi Tat Nenas oleh Puan Norzailina Nordin. Beliau ini memang terkenal dengan kehebatannya memasak dan menghasilkan novel2. Saya timbang semua bahan ikut resepi yang saya ambil dari laman web beliau. Saya ubah sedikit resepi itu sebab saya kehabisan stok tepung jagung dan saya gantikan dengan tepung kastad. Saya rasa sangat teruja sebab dohnya nampak kuning dan cantik tapi bila mahu mula menerap, melekat-lekat pula di acuan. Saya mula paniklah. Dalam hati," Eish..takkanlah tukang masak tersohor bagi resepi salah kot?". Saya tambahkan tepung gandum pada doh hingga boleh diterap. Saya letak jem nenas, lepas tu, bakar. Tunggu sejuk dan cuba rasa. Emmm, sedap la pulak. Sambil masukkan tat dalam botol, sempat jugaklah tiga, empat keping masuk ke dalam mulut saya!

Pagi-pagi ni, saya terus ke laman web beliau. Semak punya semak, laaaa....saya yang silap. Saya telah gunakan resepi Tat Gulung untuk buat Tat Nenas yg tradisional tu. Patutlah doh tu lembik! Jadi, saya senyum pada diri sendiri sebab tidak baca resepi betul2! Walauapapun, saya letakkan resepi Tat Nenas tukang masak pujaan saya itu. Manalah tahu, mungkin anda ingin mencuba! Saya ucapkan Salam Aidiladha kepada semua yang menyambutnya. Saya akan berhari raya di kampung saya maka saya akan kembali menulis di blog ini sekembalinya saya dari kampung. Jumpa lagi!

TAT NENAS
Bahan untuk jem:
  • 2 biji nanas, diparut kasar
  • 300 g gula pasir
  • 2 helai daun pandan, disimpulkan
  • 4 cm kulit kayu manis
  • jus dari 1 biji limau nipis
Cara:
  • Jerang semua bahan di dalam kuali. Kacau selalu hingga agak kering airnya.
  • Angkat dan ketepikan daun pandan serta kulit kayu manis. Biar sejuk sebelum digunakan. Selalunya, ia mengambil masa 1-1 1/2 jam.
Bahan untuk 'glis':
  • 2 biji kuning telur
Bahan untuk pastri:
  • 300 g tepung gandum
  • secubit garam
  • 150 g mentega
  • 50 g minyak jagung
  • 1-2 camb susu segar, jika perlu
  • 1 biji kuning telur
Cara membuatnya:
  • Gaul tepung dan mentega hingga sebati. Masukkan telur dan minyak jagung, uli menjadi rata. Jika masih peroi, masukkan sedikit susu.
  • Isikan doh ke dalam mangkuk dan tutup dengan tuala lembap. Biar selama 90 minit.
  • Canaikan doh antara 2 lapisan plastik nipis, terap dengan acuan.
  • Atur atas tin pembakar berlengser marjerin dan isikan dengan jem.
  • Glis tepinya dengan kuning telur. Bakar dengan suhu 160 C selama 15-20 min.
  • Sejukkan atas redai sebelum menyimpan di dalam bekas kedap udara.

4 comments:

superheroes' mom said...

waduhhh...sedapnya tat nenas. seronok beraya di melaka?

cikyah75 said...

Seronok sangat! Nanti upload story mory kat sini ye!

BlogPouch said...

I browsed for recipes this morning. I will try this one. It is my first time and the ingredients are similar to what my mum has taught us.

I have no oven yet. This is my first time trying it out, Wish me luck.

Selamat berpuasa. Kalau sudi, selamat berkenalan juga.

http://absorbentmind.com
http://childhoodspeech.com

cikyah75 said...

blogpouch,
thank you for visiting. we'll go and venture your blogs too!

Related Posts with Thumbnails