Salam pagi Selasa. Jangan risau, paparan hari ini tentang hangus yang sedap! Betul, cikyah tak tipu! Ini, cerita Apam Gula Hangus! Resepi yang didapati daripada hazz@MyResipi.com itulah dan rasanya memang tidak mengecewakan. Pendek kata, memang jenis resepi yang cikyah suka. Ringkas bahannya, mudah membuatnya dan yang paling penting, sedap rasanya. Nak tahu kenapa cikyah mengesyorkan resepi ini? Mak cikyah kat kampung pun suka dan Mak cikyah ni, sangatlah teliti bila ada kena mengena dengan kuih muih ni. Bukan senang dia nak sebut sedap tau!
Apa kata kita tengok gambar dulu. Bak kata Mak cikyah, rupa tak cantik, tapi hati baik!
APAM GULA HANGUS
Bahan-bahan
1 cawan gula pasir
2 biji telur (cikyah guna telur Gred C)
1 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar mentega (resepi asal guna marjerin)
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 cawan tepung gandum
Kaedah
- Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air dan disejukkan
- Masukkan telur,susu,minyak dan mentega ke dalam mesin (mixer) dan pukul anggaran 3 minit
- Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dipukul lagi.
- Akhir sekali masukkan tepung dan dipukul lagi sehingga sebati.
- Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
- Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.
0 comments:
Post a Comment