Tajuk : Catatan Pengalaman Memasak Resepi Hebat(konon) Untuk Encik KHz
Tarikh : 2 Disember 2009
Tempat : Paramount Garden
Tempat : Paramount Garden
Objektif Misi
- Mencari idea untuk menghasilkan resepi baru.
- Menggantikan rancangan untuk memasak Daging Masak Hitam yang terpaksa dibatalkan kerana tiada stok rempah kurma. Memandu ke pasaraya 'Raksasa' untuk membeli sepeket rempah kurma berharga 60 sen dan hanya perlu menggunakan satu sudu teh sahaja memanglah tidak berbaloi!
- Mahu mencuba resepi lain yang menggunakan daging kerana sepanjang minggu yang lepas, hampir setiap hari memasak kari. Aidiladha terasa seperti menyambut Deepavali!
- Menggeledah tempat menyimpan stok dapur. Sangat mendukacitakan kerana yang dijumpai hanyalah :
b) 2 peket rempah kari ikan Adabi
b) 2 bungkus sup bunjut Adabi
c) 1 bungkus kulit kayu manis
c) 1 kotak santan Ayam Brand
- Meneruskan usaha menggeledah sambil senyum-senyum sendiri kerana ada antara peket rempah/ perencah sudah sepatutnya dihapuskira setahun yang lalu! Tiba-tiba, mata terlihat satu peket berwarna HIJAU, berjenama ADABI. Adakah ini objek yang akan membantu misi kali ini ? Yaaaaaaa! Akhirnya, pencarian berhasil. Objek yang akan digunakan dalam misi kali ini ialah......................PERENCAH KERUTUK DAGING DAN AYAM ADABI!
- Misi diteruskan dengan membaca resepi di belakang peket ini. Tuan punya blog sangat sukahati kerana bahan-bahan untuk menghasilkan hidangan ini memang ada dalam simpanan. Satu soalan yang penting, kerutuk tu apa ya? Tak mengapalah. Belum cuba, belum tahu kan?
Pelan Operasi
Menyediakan bahan-bahan:
- 500g daging batang pinang dihiris tipis
- 1 peket rempah kerutuk awam dan daging ADABI
- 10 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 2 batang serai (diketuk)
- 50g kerisik
- 300ml santan pekat
- air secukupnya
- garam dan gula secukup rasa
Bahan tumbuk(halus) :
- 5 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 1/2 inci lengkuas
Kaedah memasak:
- Rempah kerutuk dicampur dengan sedikit air untuk dijadikan pes.
- Tumbuk bawang merah dan bawang putih separa halus dan gaulkan dengan pes rempah tadi.
- Gaulkan campuran ini dengan daging.
- Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk halus serta serai hingga wangi.
- Masukkan campuran daging dan rempah tadi dan kacau rata.
- Masukkan juga santan, kerisik dan air secukupnya. Kecilkan api dan kacau sekali sekala untuk mengelakkan ia hangus. Peringatan : Kuali 'non-stick' bukanlah bermakna ianya 'non-burnt' ya!
- Masak hingga daging lembut dan kuahnya pekat. Perasakan dengan garam dan gula.
- Hidangkan dengan ketupat atau nasi himpit (nasi kapit jika anda berada di Terengganu!)
Hasil di akhir misi :
KERUTUK DAGING
Keputusan juri :
- Encik Khz menyatakan bahawa kerutuk ini rasanya ala-ala rendang. Disebabkan ianya tidak begitu kering maka hidangan ini disenaraikan sebagai "bolehlah'.
- Pak Incik rumah No 1 Paramount Garden nampaknya suka dengan hidangan ini. Sambil makan, sambil bertanya, "Ini beli ke buat? " Macam mana rakan pembaca? Bolehkah saya memasak hidangan ini? Jangan lupa memberi komen ya!
4 comments:
hehehehe :)
seronok baca entry ni. kreatif!
oh, cikgu yg kreatif!
:)
esh, thanks for your comment.by the way, have we met before?
mm...i don't think so.
actually i discovered your blog upon blog-hopping. hehehe
:)
esh, in that way, nice to 'meet' you..hehehe. very please to see your comment in the future!
Post a Comment